Tuesday, January 25, 2011

PRK-13


Pilihanraya kecil ke-14 menjanjikan pertempuran hebat diantara Cg Mala (Pas) dan Mohd Azahar Ibrahim (umno). Jumlah pengundi dun Tenang adalah seramai 14 592 orng dengan pecahan undi melayu seramai 7216 orang iaitu 49.5%, diikuti dengan pengundi cina seramai 5666orang iaitu 38.8% dan bilangan pengundi india seramai 1714 orang iaitu 11.7%. Komposisi pengundi di Tenang menggambarkan masyarakat majmuk di Malaysia iaitu majoriti terdiri daripada kaum melayu diikuti dengan cina dan india.

PRK seharusnya dijalankan secara aman dan tenteram tanpa perlu disogokkan dengan sebarang bentuk kemewahan oleh pihak-pihak tertentu. Hal ini penting bagi menghormati hak rakyat kerana rakyat diberi ruang dan peluang yang seluas-luasnya untuk memilih wakil rakyat mereka bagi membawa suara mereka ke dewan undangan negeri.

30 Januari akan menentukan segala-galanya.Kemenangan Pas di PRK ini akan menggambarkan keupayaan PR untuk memerintah Malaysia dalam PRU akan datang sekiranya ianya berjalan dengan lancar tanpa sebarang penipuan. Kami sentiasa mendoakan kemenangan sentiasa di pihak kita...INSYAALLAH...

Kepada mereka yang membantu melancarkan gerak kerja pilihanraya di Tenang, hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.

SEMOGA ISLAM TERUS SUBUR DIBUMI JOHOR...PRK-13

No comments:

Post a Comment